Impak


KESAN TERHADAP PENSYARAH

KEKUATAN

1.      Penjimatan dari segi dari ekonomi kerana
·         kos mencetak seperti penyediaan dakwat/toner dan kertas dikurangkan
·         Kos membaik pulih mesin fotostat dapat dikurangkan

2.      Penjimatan dari segi dari masa kerana tiada lagi proses mencetak, menanda dan membuat analisis secara manual.

3.      Dapat melatih pelajar untuk mengatasi tekanan ketika menjawab peperiksaan sebenar. Ini kerana kaedah pembelajaran menggunakan quizzes telah meletakkan pelajar di bawah keadaan yang sama seperti peperiksaaan sebenar.

4.      Memberi kemudahan kepada pensyarah kerana perisian quizzes boleh diakses bukan sahaja di dalam kelas, tetapi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, contohnya di asrama pada waktu malam atau pada waktu pensyarah bercuti.

5.      Pensyarah dapat mengenal pasti prestasi pelajar dengan mudah dan cepat serta tindak susul dapat dibuat dengan cepat kerana:
·         Analisis data dilakukan secara automatik oleh Quizziz dan Google Classroom secara individual atau keseluruhan, malah Quizziz memberi analisis bagi setiap soalan.
·         Pensyarah dapat mengenal pasti pelajar yang perlu dibantu dan topik mana yang perlu diberi penekanan


KESAN TERHADAP PELAJAR

KEKUATAN

1.       Dapat melatih pelajar untuk mengatasi tekanan ketika menjawab peperiksaan sebenar. Ini kerana kaedah pembelajaran menggunakan quizzes telah meletakkan pelajar di bawah keadaan yang sama seperti peperiksaaan sebenar.

2.       Pelajar menjadi lebih cekap dan dapat menjawab soalan dengan lebih tepat dan cepat kerana mereka hanya diberi masa 2 minit sahaja untuk menjawab soalan.

3.       Pelajar menjadi lebih seronok belajar dengan kaedah pembelajaran yang baru dan kerana terdapat persaingan antara mereka.

4.       Markah pelajar juga meningkat kerana mereka merasa seronok dan fokus ketika menjawab soalan quizzes dan ini menambahkan minat untuk mereka belajar dengan lebih tekun untuk menjadi yang terbaik di dalam kelas.

5.       Quizzes memudahkan pelajar kerana perisian quizzes boleh diakses bukan sahaja di dalam kelas, tetapi di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja, contohnya di asrama pada waktu malam atau pada waktu pensyarah bercuti.

Berikut adalah hasil dapatan daripada soal selidik dalam talian bagi kekuatan seperti di atas:







No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Google Classroom adalah perkhidmatan web percuma, yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah, yang bertujuan untuk mempermudahkan membu...