Abstrak


Mengetahui pencapaian pelajar dalam setiap topik yang diajar oleh pensyarah merupakan satu proses dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap pensyarah perlu mengetahui sejauh mana penguasaan pelajar dalam topik yang telah diajar. Pelbagai teknik digunakan seperti membuat permerhatian, sesi soal jawab, latihan di dalam kelas, ujian dan sebagainya. Tetapi sejauh mana kaedah ini mampu memberi maklum balas kepada keperluan pensyarah ini. Adakah kaedah ini memberi kesan yang memberansangkan di dalam menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik di dalam kelas. Apakah pensyarah dapat memantau pelajar dalam menjawab soalan ujian mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. Justeru itu kami telah memilih satu kaedah yang sesuai bagi menjawab permasalahan yang kami hadapi. Maka kami memilih Quizziz di dalam Google Classroom sebagai satu kaedah pembelajaran abad ke 21.

No comments:

Post a Comment

Pengenalan

Google Classroom adalah perkhidmatan web percuma, yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah, yang bertujuan untuk mempermudahkan membu...