Google
Classroom adalah perkhidmatan web percuma, yang dibangunkan oleh Google untuk
sekolah, yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan, dan menilai
tugas tanpa menggunakan kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk
menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.
Google
Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Google
Docs, Google Sheets dan Google slide untuk menulis, Gmail untuk komunikasi, dan
Google Calendar untuk penjadualan. Pensyarah mencipta nama kelas di dalam
Google Classroom dan membawa masuk pelajar-pelajarnya menyertai kelas tersebut
menggunakan kod yang dihasilkan oleh Google Classroom atau menjemput dengan
mengunakan Google Mail. Setelah itu pensyarah boleh memberi tugasan atau ujian
menerusi Google Classroom. Pensyarah juga boleh memantau tugasan tersebut
dengan menetapkan tarikh akhir penghantaran
tugasan.
Tugasan
yang telah disiapkan oleh pelajar akan dihantar semula kepada pensyarah melalui
Google Classroom. Setelah menyemak jawapan pelajar, pensyarah akan memberi
komen kepada jawapan pelajar dan dihantar semula kepada pelajar untuk dibuat
penambahbaikan. Gred pelajar juga dapat diberi dan disimpan di dalam Google Classroom.
Quizizz
adalah alat permainan kuiz yang boleh digunakan sebagai alat pengukur
penguasaan topik. Pensyarah menggunakan Quizziz bagi menyediakan soalan-soalan
yang akan diberikan oleh pelajar. Soalan yang dibina merupakan soalan-soalan
berbentuk Multiple Choice Question (MCQ) dan mengisi tempat kosong. Quizizz ini
adalah terhad kepada kuiz pilihan tunggal atau pilih pelbagai pilihan, namun ia
merupakan satu aplikasi sangat baik untuk membantu pelajar mengingat fakta dan
bersedia untuk ujian tradisional.
Quizizz juga
boleh dijadikan sebagai permainan kuiz di dalam kelas. Paparan soalan Quizziz
adalah berwarna-warni. Pelajar akan terus mendapat skor apabila menjawab bagi setiap
soalan, dalam pada masa yang sama ia
memaparkan kedudukan pemain dalam permainan kuiz tersebut. Paparan ini
menjadi permainan kuiz di dalam kelas menjadi semakin menarik.
Ia juga
boleh digunakan sebagai aplikasi untuk memberi tugasan kepada pelajar.
Pensyarah boleh menetapkan peruntukan masa bagi setiap soalan. Jadi pelajar
perlu menyelesaikan soalan itu dengan sendiri kerana peruntukan masa yang
diberikan untuk menjawab adalah terhad.
Quizziz
juga memberi laporan prestasi pelajar dengan menyatakan analisis setiap pelajar
dari segi skor dan masa menjawab. Ia juga memberi analisis dari segi kesukaran
soalan. Dari laporan ini pensyarah boleh membuat penambahbaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar. Skor-skor ini
juga boleh disimpan.
Google
Classroom dan Quizziz adalah satu laman web yang saling berkait rapat. Bagi
memastikan komen pensyarah berkaitan dengan prestasi pelajar di dalam Quizziz,
soalan Quizziz diberikan melalui halaman Google Classroom. Setelah kuiz dijawab
pensyarah akan memberi gred pelajar berserta dengan komen. Jawapan mereka
berserta komen boleh dihantar semula kepada pelajar melalui Google Classroom.
Google Classroom akan merekod pencapaian pelajar setiap kali kuiz dijalankan.