Friday, July 3, 2020

Pengenalan


Google Classroom adalah perkhidmatan web percuma, yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah, yang bertujuan untuk mempermudahkan membuat, mengedarkan, dan menilai tugas tanpa menggunakan kertas. Tujuan utama Google Classroom adalah untuk menyelaraskan proses perkongsian fail antara guru dan pelajar.

Google Classroom menggabungkan Google Drive untuk penciptaan dan pengedaran tugasan, Google Docs, Google Sheets dan Google slide untuk menulis, Gmail untuk komunikasi, dan Google Calendar untuk penjadualan. Pensyarah mencipta nama kelas di dalam Google Classroom dan membawa masuk pelajar-pelajarnya menyertai kelas tersebut menggunakan kod yang dihasilkan oleh Google Classroom atau menjemput dengan mengunakan Google Mail. Setelah itu pensyarah boleh memberi tugasan atau ujian menerusi Google Classroom. Pensyarah juga boleh memantau tugasan tersebut dengan  menetapkan tarikh akhir penghantaran tugasan.

Tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar akan dihantar semula kepada pensyarah melalui Google Classroom. Setelah menyemak jawapan pelajar, pensyarah akan memberi komen kepada jawapan pelajar dan dihantar semula kepada pelajar untuk dibuat penambahbaikan. Gred pelajar juga dapat diberi dan  disimpan di dalam Google Classroom.

Quizizz adalah alat permainan kuiz yang boleh digunakan sebagai alat pengukur penguasaan topik. Pensyarah menggunakan Quizziz bagi menyediakan soalan-soalan yang akan diberikan oleh pelajar. Soalan yang dibina merupakan soalan-soalan berbentuk Multiple Choice Question (MCQ) dan mengisi tempat kosong. Quizizz ini adalah terhad kepada kuiz pilihan tunggal atau pilih pelbagai pilihan, namun ia merupakan satu aplikasi sangat baik untuk membantu pelajar mengingat fakta dan bersedia untuk ujian tradisional.

Quizizz juga boleh dijadikan sebagai permainan kuiz di dalam kelas. Paparan soalan Quizziz adalah berwarna-warni. Pelajar akan terus mendapat skor apabila menjawab bagi setiap soalan, dalam pada masa yang sama ia  memaparkan kedudukan pemain dalam permainan kuiz tersebut. Paparan ini menjadi permainan kuiz di dalam kelas menjadi semakin menarik.

Ia juga boleh digunakan sebagai aplikasi untuk memberi tugasan kepada pelajar. Pensyarah boleh menetapkan peruntukan masa bagi setiap soalan. Jadi pelajar perlu menyelesaikan soalan itu dengan sendiri kerana peruntukan masa yang diberikan untuk menjawab adalah terhad.

Quizziz juga memberi laporan prestasi pelajar dengan menyatakan analisis setiap pelajar dari segi skor dan masa menjawab. Ia juga memberi analisis dari segi kesukaran soalan. Dari laporan ini pensyarah boleh membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan prestasi pelajar. Skor-skor ini juga boleh disimpan.

Google Classroom dan Quizziz adalah satu laman web yang saling berkait rapat. Bagi memastikan komen pensyarah berkaitan dengan prestasi pelajar di dalam Quizziz, soalan Quizziz diberikan melalui halaman Google Classroom. Setelah kuiz dijawab pensyarah akan memberi gred pelajar berserta dengan komen. Jawapan mereka berserta komen boleh dihantar semula kepada pelajar melalui Google Classroom. Google Classroom akan merekod pencapaian pelajar setiap kali kuiz dijalankan.

Pengenalan

Google Classroom adalah perkhidmatan web percuma, yang dibangunkan oleh Google untuk sekolah, yang bertujuan untuk mempermudahkan membu...